Pages

Tiada Larangan Atas Salib, Tetapi Kebenaran Diperlukan, Kata Jabatan Pelajaran


Ibu bapa dikehendaki memaklumkan pihak sekolah dan mengisi beberapa 
borang bagi membenarkan anak mereka memakai simbol keagamaan,
termasuk lambang salib, ke sekolah. - Gambar fail Malaysian Insider 

Jabatan Pelajaran Sabah mempertahankan tuduhan yang sebuah sekolah menengah di Sabah melarang pelajar beragama Kristian memakai lambang salib ke sekolah, mengatakan larangan itu tidak wujud.

The Star hari ini melaporkan pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, jabatan itu tidak pernah melarang sesiapa pun memakai simbol keagamaan di sekolah.

"Pelajar boleh memakai lambang salib atau simbol mana-mana agama lain, asalkan ia tidak terlalu besar atau dijadikan barang perhiasan," beliau dipetik sebagai berkata, sambil menambah yang sekolah itu tidak pernah menghalang sesiapa memakai simbol keagamaan.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan, ibu bapa dikehendaki memaklumkan pihak sekolah dan mengisi beberapa borang bagi membenarkan anak mereka memakai simbol keagamaan, termasuk lambang salib, ke sekolah.

Menurut pengetua sekolah itu, ia bertujuan mengekang kejadian di mana pelajar semakin ramai yang memakai rantai dan barangan perhiasan lain di sekolah bagi tujuan selain kegunaan agama.

Akhbar Sabah, Daily Express melaporkan semalam, pelajar SM Ken Wah di Keningau dilarang memakai lambang salib ke sekolah kecuali setelah mereka memperolehi kebenaran dari lembaga disiplin sekolah.

Katanya, peraturan itu termasuk di bawah kategori kebersihan diri yang harus dipatuhi pelajar, di mana turut disenaraikan ialah pelajar tidak dibenarkan memakai barang kemas dan simbol keagamaan ke sekolah.

Seorang bapa memberitahu media, beliau mendapat tahu mengenai peraturan itu selepas menghadiri taklimat yang diadakan bagi ibubapa yang mendaftar pelajar baru ke sekolah itu pada 7 November.

(Diambil daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Tiada larangan atas salib, tetapi kebenaran diperlukan, kataJabatan Pelajaran" bertarikh 2 Disember 2014)

Buku dan CD Lagu Kristian Ditahan dan Disita Di KLIA2




Berikut ini catitan Facebook Sdr. Maklin Masiau pada 26 Oktober 2014 mengenai buku dan CD lagu Kristiannya ditahan dan disita oleh Kastam dan KDN di KLIA dua hari lepas. Catitan FB itu telah pun mendapat 625 shares setakat ini: 

"Kepada semua gereja, organisasi Kristian dan individu yg telah menempah mahupun baru merancang utk mendptkan buku bacaan & CD lagu Kristian khususnya utk kegunaan sempena Krismas yg bakal tiba, DUKACITA dimaklumkan bhw semua material yg telah sya beli dari Medan, Indonesia telah ditahan dan disita oleh Kastam dan KDN di KLIA2 ptg tadi. Saya telah ditahan dan disiasat selama hampir 40 minit. Walaupun saya merayu utk dilepaskan dgn pelbagai alasan konkrit namun mereka berkeras dan menahan. Alasan utama ialah dgn wujudnya perkataan ALLAH dlm buku dan sebutan ALLAH dalam CD. Dlm bungkusan itu turut ada ialah 300 CD terbaru dari Pdt.Ir.Niko yg digunakan utk sumbangan kepada penyiapan gedung gereja Bethel Mawar Saron, Siantar dan sya diamanahkan utk mencari penyumbang dari rakan seiman di Sabah. Kastam mengarahkan saya utk berurusan dgn pihak KDN selepas ini dan saya tahu bhw permainan bolasepak bermula. Sepanjang hidup saya..ini antara peristiwa sedih yg yg saya alami. Bukan sahaja kerugian hampir 10K tetapi lebih daripada itu kerana nasib malang yg saya alami selaku rakyat Sabah yang dijanjikan kebebasan beragama dalam Perjanjian Malaysia. Saya mohon sokongan DOA SAFAAT daripada semua rakan seiman..pastinya TUHAN punya kehendak dan rencana yg terbaik."

Suku Kaum Indonesia Mendapat Alkitab Untuk Pertama Kali

Video: Suku Kaum Indonesia Mendapat Alkitab Untuk Pertama Kali

Video: Suku kaum Kimyal di West Papua,Indonesia menerima Alkitab (Perjanjian Baru) untuk pertama kali dalam bahasa mereka pada Mac 2010. Penduduk-penduduk Korupun menanti dengan sukacita, tarian dan tangisan kesyukuran sambil menanti pendaratan kapalterbang yang membawa Alkitab itu.







Kesaksian Brani Duyon (Bahagian 1): "Aku Dibawa Ke Syurga!"

Kesaksian Brani Duyon (Bahagian 1): "Aku Dibawa Ke Syurga!"


Sekitar Bulan Mei Tahun 2006, seorang hamba Tuhan telah dipanggil secara khusus ke Syurga untuk bertemu dengan Tuhan Yesus bagi mendapatkan “Wahyu Khusus” yang mengandungi Enam Pesanan.
Penatua Brani Duyon @ Efendie, 52 , bangsa Dusun, berasal dari Bayayat, Kota Belud, Sabah, Malaysia. Beliau pernah menjadi seorang Gembala Sidang di SIB Melangkap Baru, Kota Belud (Taginambur) beberapa masa. Kemudian menjadi Ketua Sidang di SIB Bayayat pada 2005-2006.
Berikut ini ialah kesaksian Brani Duyon:
Brani Duyon dari Sabah
Pada 21 April 2006, anak kami yang menetap di Semenanjung Malaysia telah memanggil kami dengan tujuan menghadiri majlis hari perkahwinan mereka. Tetapi baru seminggu berada di sana, saya tiba-tiba mengalami “stroke”. Saya terus dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, Malaysia. Doktor memeriksa saya dan mengatakan ada sel-sel darah pada otak saya telah pecah dan perlu dibedah pada masa itu juga.
Saya telah ditempatkan di Bilik Unit Kawalan Rapi selama sebulan. Saya dalam koma tanpa sedarkan diri selama lebih dari 1 minggu. Pada masa itu ramai hamba-hamba Tuhan yang datang melawat, antaranya ialah Mantan Presiden Gereja SIB Sabah, Pastor Taipin Melidoi dan Timbalannya Pastor Datuk Arun Selutan, Bendahari Agung, Pastor Michael dan ramai lagi hamba Tuhan di Semenanjung datang mengunjungi dan mendoakan saya.
Pada suatu masa saya bermimpi ada hujan yang turun datang dengan lebatnya tetapi hairannya hujan itu hanya menuju ke arah saya sahaja. Saya mentafsirkan mimpi saya ini adalah jawapan doa-doa dari hamba-hamba Tuhan yang telah mendoakan kesembuhan saya. Puji Tuhan, dengan kuasa-Nya saya telah disembuhkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.
Pada minggu ke-3, bulan Mei 2006, tengah malam, saya merasa hairan kerana saya tidak dapat tidur sedangkan pesakit-pesakit yang lain sudah nyenyak tertidur. Ketika itu, hanyalah Yesus berada dalam fikiran saya dan saya teringat Firman dalam Yesaya 43:26 yang mengatakan “ingatlah akan Tuhan, marilah kita berperkara” dan ayat firman ini bermain-main dalam ingatan saya. Fikiran saya terus tertumpu kepada Tuhan Yesus. Dan saya merasakan bahawa Dia berada di sisi saya ketika itu.
Saya kemudian berdoa dalam roh. Selepas saya selesai berdoa saya mula untuk tidur namun masih tidak dapat juga. Lalu saya bersandar pada katil. Tiba-tiba saya merasakan ada seseorang yang menepuk bahu dan mengusap-usap kepala saya. Keadaan seperti ini berlaku agak lama. Selepas itu saya merasakan ada sesuatu yang mengalir yang luar biasa dalam tubuh kehidupan saya. Saya merasakan hal itu suatu belas kasihan seorang bapa terhadap anaknya.
Dalam hati saya teranya-tanya siapakah orang ini. Lalu saya berdepan dan bersemuka dengan mahkluk itu ternyata dia seorang perwatakan seperti lelakimuda yang kacak, sasa dan tinggi dengan berpakaian putih, rambut panjang mencecah bahu. Lalu saya bertanya kepadanya, “Adakah Kau ini Tuhan yang sentiasa saya fikirkan?” Tetapi dia tidak menjawab cuma mengeleng-gelengkan kepalanya sahaja. Saya berkata lagi, “Jika engkau bukan Tuhan, siapakah engkau?”. Kini dia menjawab, “Akulah utusan dan dari Syurga atas perintah Yesus untuk datang kepadamu malam ini untuk membawa berita baik.”
Lalu saya sedar dia ini adalah Malaikat yang diutuskan oleh Tuhan. “Apakah khabar baik yang kau bawa untuk kau perdengarkan kepada saya?” saya bertanya lagi kepada Malaikat itu. Lalu kata Malaikat itu, “Malam ini saya diutus oleh Tuhan Yesus untuk menjemput engkau naik ke Syurga.” Jiwa saya terus jadi tenang dan damai walaupun dalam keadaan sakit. Saya merasa seolah-olah saya tidak mengalami kesakitan. Pada ketika itu juga saya sembuh apabila malaikat berkata akan membawa saya naik ke syurga. Lalu saya berkata kepada Malaikat itu, “Saya sedia mengikuti engkau pergi ke syurga, sebab saya teringin betul bertemu dengan Tuhan saya.”
'Saya melihat seekor kuda yang luarbiasa besar dan tingginya'
Ketika kami memulakan perjalanan saya terlihat tubuh saya yang terbaring di katil. Kami keluar dan sampai di luar Hospitalsaya melihat seekor Kuda yang luarbiasa besar dan tingginya. “Kuda inilah yang kita akan naiki,” kata Malaikat itu. Saya dibantu oleh Malaikat menaiki kuda itu kerana kuda itu sangat tinggi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Bolehkah kita sampai ke Syurga dengan menaiki kuda ini?” lalu Malaikat itu menjawab, “Tentu sekali, jangan takut dan jangan bimbang. Adakah kamu membaca Firman Allah ketika Nabi Elia diangkat oleh Tuhan?” tanya Malaikat itu. “Ya, saya ada membacanya, kereta yang datang menjemputnya ialah Kereta Berapi dan Kuda Berapi,” jawab saya. “Benar, inilah kuda itu” kata Malaikat itu.
Pada mula kami bertolak kuda itu hanya berjalan dengan perlahan-lahan, namun selepas kira-kira seratus meter kami berjalan, tiba-tiba kuda itu meluru laju dan dan bergerak dengan pantas sekali seolah-olah seperti disambar badai dan kuda itu tidak lagi menyentuh tanah tetapi terbang. Kami melintasi pergunungan namun semua gunung itu kelihatan rata kerana kami bergerak dengan kuasa Tuhan.
Selepas itu kami sampai ke satu padang yang sangat luas, subur, rumputnya hijau dan tidak ada yang kering (Mazmur 23:2 Raja Daud berkata “Dia membaringkan aku dipadang yang berumput hijau”). Lalu Malaikat itu memberhentikan kuda dan kami berjalan.
Kelihatan di hadapan kami sebuah Kerajaan Tuhan. Ketika kami berjalan di tengah padang ini saya mendengar loceng berbunyi. Saya bertanya kepada Malaikat itu “Apakah tujuan Bunyi Loceng itu?”. Malaikat menjawab, “Itulah loceng memanggil, menandakan seseorang telah datang”
Kami terus berjalan dan loceng terus berbunyi sehingga kami sampai di hujung padang dan kelihatan sebuah rumah yang sangat cantik dimana di atasnya terdapat lampu berkelip-kelip berwarna merah seperti lampu Trafik. Di tengah lampu itu terdapat angka ‘51’. Saya bertanya kepada Malaikat itu apakah ertinya. Malakat berkata, “Berapa umur kau sekarang?” ketika kejadian ini umur saya ialah 51 tahun “Itu adalah umur kau sekaligus nombor rumah kau” kata Malaikat itu. Saya sungguh merasa sukacita dan damai apabila mendengar penjelasan Malaikat itu dan melihat rumah yang Tuhan sediakan untuk saya.
Kelihatan di situ banyak rumah yang telah disediakan oleh Yesus bagi anak-anak Tuhan yang percaya dan mengikuti-Nya. Kami terus berjalan lagi dan sampai ke satu Pintu Gerbang yang dibuat dari Emas.
Kami teruskan perjalanan dan sampai ke sebuah rumah yang sangat besar. Ketika kami sampai di situ terdapat ramai orang berada dalam rumah itu. Saya percaya mereka ini adalah orang-orang kudus yang telah Tuhan pilih. Mereka sedang memuji Tuhan ketika itu. Kelihatan Yesus sedang duduk di atas tahktanya sambil orang-orang memuji dan menyembah Dia. Mereka semua memuji dengan segenap hati dan menari, mengangkat tangan dan bersujud dan melutut. Dalam hati saya berkata, ‘kalau beginilah cara ibadat orang-orang Kristian di Dunia tentu sangat senang sekali hati Tuhan.’
Kelihatan ramai yang menangis memuji Tuhan ketika itu. Saya lihat Yesus tersenyum melihat mereka khusyuk menyembah Tuhan. Yesus menaikan tangan mereka. Tangan mereka naikkan ke arah Yesus, dan Yesus juga mengangkat tangan memberkati mereka semua. Di akhir ibadah itu kelihatan Yesus berjalan- di tengah-tengah mereka dan Dia mengelap air mata mereka-mereka yang menangis. Lalu saya teringat seperti dalam Kitab Wahyu, ‘Apabila kamu berada di sana (syurga) nanti semua air mata akan dihapuskan’.
Kemudian Malaikat itu membawa saya masuk ke dalam berjumpa dengan Yesus. Dan Malaikat itu berkata kepada Yesus “Tuhan, inilah anak-Mu yang engkau pilih untuk dibawa ke sini”. Yesus berkata “Syabas! Anak-Ku engkau telah datang hari ini.” Kemudian Yesus memeluk saya dan saya menangis gembira dan damai kerana dapat bertemu Yesus. Jiwa saya bersukacita kerana dipeluk Yesus ketika itu. 

(Transkripsi dan Terjemahan dari VCD kesaksian oleh Alfred Chia dan Ryan LG) 

Surat Dari Seorang Wanita Kristian Iraq

Surat Dari Seorang Wanita Kristian Iraq


Beberapa hari yang lalu, aku terbaca surat ini di Facebook, ditulis oleh Rosene Salmo, seorang wanita Kristian yang berasal dari Iraq. Berikut ialah terjemahan surat tersebut, sila kongsikan dengan kawan-kawan anda.


Kepada: Semua Kristian di sekeliling dunia, sila kongsikan ini.


Nama saya ialah Rosene. Saya seorang pendatang dari Iraq beragama Kristian yang pada masa ini tinggal di Amerika Syarikat. Saya menulis sebagai respons kepada peristiwa yang sedang terjadi di Iraq dan penganiayaan yang dihadapi secara berterusan oleh orang-orang Kristian Iraq. Saya ingin mendedahkan apa yang sedang terjadi dan kongsikannya dengan dunia oleh kerana media menyekat banyak peristiwa yang sedang terjadi.

Keluarga saya, kawan-kawan dan saudara-saudara saya dalam Kristus sedang menderita oleh kerana apa yang sedang terjadi di kota Mosul (Niniwe). The Islamic State of Iraq and the Levant (ISIS) telah mengisytiharkan pada minggu pertama Julai memberikan orang-orang Kristian tiga pilihan (masuk Islam, Bayar Cukai yang tinggi atau mati) yang disertai dengan ancaman ngeri bahawa, jika mereka tidak mematuhi sebelum tengahari 19 Julai, "maka tidak ada apa-apa untuk diberikan mereka melainkan pedang."

Orang-orang Kristian meninggalkan Mosul dengan tergesa-gesa untuk menyelamatkan nyawa mereka, menuju wilayah jiran Kurdistan. Ribuan keluarga Kristian kehilangan kediaman, wang dan milik mereka. Rumah-rumah mereka telah ditanda dengan huruf N yang bererti Nasrani (Kristian) untuk menunjukkan bahawa orang-orang Kristian pernah tinggal di sana. Banyak gereja-gereja di kawasan itu, termasuk gereja-gereja yang bersejarah, telah dibakar sampai habis; Isis telah mencuri segalanya dan telah menurunkan semua salib dan gambar-gambar. 

Saya berasa hancur hati, tidak berharapan, dan terbatas dalam apa yang saya dapat lakukan untuk orang-orang Kristian Iraq, terutama mereka yang telah meninggalkan Mosul. Saya tidak akan meminta lebih daripada yang Yesus akan minta: berdoalah untuk mereka. Sebarkan berita mengenai kejahatan yang sedang dilakukan ke atas mereka. Sila kongsikan ini dengan masyarakat dan jemaat Kristian. Kuasa doa telah menyelamatkan orang-orang Kristian di Timur Tengah untuk bertahun-tahun. Ini adalah tanggungjawab kita untuk memberitahu dunia akan penderitaan saudara-saudara Kristian kita. 

"Ya Bapa, ampunilah mereka, sebab mereka tidak tahu apa yang mereka perbuat." (Lukas 23:34)

Terima kasih kerana mengizinkan saya berkongsi ini dengan anda,



7 Perkara Menarik Mengenai Potret Yesus "Prince of Peace"

Potret Yesus bertajuk "Prince of Peace"

Potret Yesus yang bertajuk "Prince of Peace" telah menjadi lebih terkenal lagi selepas ditunjukkan dalam filem "Heaven Is For Real" yang telah ditayangkan di pawagam sejak April 2014. 

Berikut 7 perkara menarik mengenai potret "Prince of Peace" itu;

1. Potret itu telah dilukis oleh seorang anak gadis berusia 8 tahun. Pelukis muda, Akiane Kramarik telah melukis potret "Prince of Peace" pada tahun 2002 ketika dia hanya berusia 8 tahun. Potret itu merupakan potret Yesus yang pertama dilukiskan oleh Akiane.  

2. Potret itu berdasarkan penglihatan yang dialami oleh anak gadis itu. Akiane telah mula mendapat penglihatan syurga dan Yesus sejak dia berusia tiga tahun. Hal itu itu sangat menghairankan ibubapanya sebab ibubapanya ateis dan tidak pernah mengajarnya mengenai Tuhan. Akiane melukis potret Yesus itu berdasarkan penglihatan yang dialaminya sejak kecil. 


Akiane Kramarik dengan potret Yesus "Prince of Peace"

3. Anak gadis itu menunggu 2 tahun sebelum memulakan potret itu. Akiane ingin melukis potret itu sejak berusia 6 tahun tetapi dua tahun berlalu sebelum impiannya menjadi nyata. Pada suatu hari Akiane memberitahu keluarganya untuk berdoa agar dia mendapat model yang sesuai untuk melukis potret itu. Pada petangnya, tiba-tiba seorang tukang kayu mengetuk di pintu rumah untuk mencari pekerjaan. 

Dengan cepat Akiane melihat bahawa orang itu memiliki raut wajah yang sangat mirip dengan yang terdapat dalam penglihatannya. Tukang kayu itu pada mulanya enggan menerima permintaan Akiane, tetapi kemudiannya bersetuju dengan syarat dia tidak perlu dikenali umum. 

4. Potret itu mengambil masa 60 jam untuk disiapkan. Potret itu memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, dan telah mengambil masa 40 jam untuk diwarnakan, dan 20 jam lagi untuk melakarkan gambar dari model. Akiane pintar menggunakan teknik cahaya dan bayang-bayang untuk menghasilkan kesan yang menarik. 

"Bahagian wajahnya yang cerah melambangkan kebenaran, manakala bahagian yang gelap melambangkan penderitaan," kata Akiane.

Colton Burpo  bersama ayahnya Todd

5. Kesaksian Colton Burpo mengenai potret itu. Colton Burpo ialah kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dari Nebraska, Amerika Syarikat, yang telah mendapat penglihatan Yesus dan syurga selepas hampir maut pada tahun 2003. Ayah Colton yang sangat hairan dengan pengalaman anaknya, telah menunjukkan kepada Colton pelbagai gambar-gambar Yesus yang dapat dicarinya. Ayahnya bertambah hairan apabila anaknya mengatakan "Bukan" kepada semua gambar-gambar yang telah ditunjukkannya.

Pada suatu hari tanpa diduga, Colton terlihat suatu gambar Yesus di laptop ayahnya. Dia memberitahu ayahnya, "Itulah dia. Itulah Yesus." Dan gambar itu ialah potret "Prince of Peace" yang dilukiskan oleh Akiane. 

6. Setiap buku "Heaven Is For Real" mengandungi gambar potret itu. Apabila buku Heaven Is For Real yang ditulis oleh ayah Colton diterbitkan pada 2010, gambar potret "Prince of Peace" telah dimuatkan di setiap naskah buku itu yang menjadi bestseller di Amerika Syarikat. Buku itu telah dijadikan filem oleh Sony Pictures dengan tajuk yang sama, dan ditayangkan di pawagam sejak 16 April 2014.
Akiane dan Colton
7. Anak gadis itu kini berusia 20 tahun. Akiane yang kini berumur 20 tahun, telah dlahirkan di Mount Morris. Illinois, Amerika Syarikat pada 9 Julai 1994. Dia juga telah bertemu dengan Colton yang 5 tahun lebih muda daripadanya semasa satu rancangan televisyen yang telah mengundang mereka untuk ditemuramah.

"Lukisanku cuma satu penggambaran apa yang aku pernah lihat, kemuliaan Yesus itu jauh melebihi segala penggambaran," kata Akiane.

Kesaksian Kaka (Pemain Brazil) : I BELONG TO JESUS

Kesaksian Ricardo Kaka: "I Belong To Jesus"

Kaka mengucap syukur selepas memimpin pasukan AC Milan
mengatasi Liverpool dalam Piala Juara-Juara UEFA 2007
Lahir di Brasilia pada  tahun 1982 dengan nama Ricardo Izecson dos Santos Leite, Kaka lahir dari sebuah keluarga penginjil yang kaya raya. Namun hal itu tidak membuatnya menjadi sombong dengan mengandalkan kekayaan keluarganya, ataupun mengikuti jalan hidup keluarganya dengan menjadi penginjil. Kaka mempunyai jalannya sendiri dan caranya sendiri.Sejak kecil ia sangat menggemari bola sepak, bahkan dalam usia remaja ia menjadi pemain yang cukup terkenal di daerahnya dengan bermain sebagai pemain simpanan di kelab San Paulo.
                          
Kaka lahir di dalam keluarga Kristian. Tetapi dia belum Kristian sungguh-sungguh. Sampai suatu hari ketika dia berusia 18 tahun, pada bulan Oktober 2000, dia mendapat kecelakaan. Ketika dia melompat ke dalam kolam renang, kepalanya terantuk dengan dasar kolam renang. Sehingga tulang lehernya menjadi retak dan tidak dapat digerakkan. Kaka pun tidak dapat berjalan.
Doktor mengatakan ia tidak dapat bermain bola sepak lagi, bahkan kemungkinan besar akan lumpuh akibat cedera itu. Tidak ada tindakan pembedahan atau terapi yang dapat menyelamatkannya. Hidup Kaka hancur berkecai saat itu, kecintaannya pada bola sepak begitu besar, kini semua harus berakhir, bahkan sisa hidupnya harus diisi dengan menjalani kelumpuhannya.
Namun Kaka tahu ke mana ia harus meminta tolong saat doktor sudah angkat tangan. Kaka bergumul dengan Tuhan Yesus, tidak putus-putusnya ia berdoa memohon kesembuhannya. Ia bernazar pada Tuhan Yesus, bila ia sembuh dan dapat bermain bola sepak lagi, ia akan mempersembahkan seluruh pencapaiannya itu pada Tuhan Yesus. 
Dan keajaibanpun terjadi, setahun setelah kecelakaannya itu tepatnya tahun 2001, Tuhan Yesus menyembuhkannya, ia sembuh sepenuhnya daripada sakitnya. Bahkan ia dapat meneruskan bermain sepak bola lagi. Tuhan Yesus juga memberikan hadiah bonus, ia tidak lagi menjadi pemain simpanan melainkan menjadi pemain utama dan andalan dalam kelabnya.
Tuhan Yesus membuat permainan Kaka menjadi begitu hebat sehingga pengurus pasukan kebangsaan Brazil terpikat akan permainannya, dan memanggil Kaka untuk mengenakan baju kemegahan pasukan Brazil, emas dan hijau, diberi kepercayaan untuk bertarung di Piala Dunia 2002.
Kaka bermain untuk Brazil
Dari sekian banyak bakat baru bersinar di Brazil , ia hanyalah seorang pemain muda yang belum setahun mewakili kelabnya, namun sudah dipanggil masuk pasukan kebangsaan. Bagi Kaka itu adalah keajaiban dan anugerah yang besar baginya.
Walaupun dia hanya jadi pemain simpanan dan duduk di pinggir padang menonton pertandingan para seniornya di Piala Dunia, namun Kaka sudah sangat senang dapat ikut serta dalam pertandingan sebesar Piala Dunia. Kaka tidak menyedari Tuhan Yesus sedang menyediakan keajaiban lainnya bagi dia. 
Beberapa perlawanan berjalan begitu sengit bagi Brazil , sehingga beberapa pemain bintang harus disimpan karena cedera. Datanglah kesempatan bagi Kaka untuk turun mewakili pasukannya. Dalam perlawanan itu, Brazil pun menang, peristiwa bersejarah yang menggemparkan dunia itupun terjadi, Kaka mengangkat seragamnya dan di baliknya ada sebuah tulisan yang menggegarkan, baju putih itu mempamerkan tulisan “I Love Jesus”.
Itu terus dilakukannya setiap kali teman-temannya merayakan gol. Dan akhirnya Brazil pun memenangkan Piala Dunia 2002, setelah menewaskan Jerman di perlawanan akhir dengan keputusan 2-0. Dalam perarakan kemenangan di negaranya sendiri, baju kesayangan yang bertuliskan ‘I love Jesus’ itu tidak pernah dilepasnya. Hal itu memberi inspirasi kepada ramai pemain Brazil (bahkan pemain negara lain) melakukan hal yang sama. 
Sewaktu diwawancara oleh rangkaian TV dan ditanya mengapa ia melakukan hal itu, ia berkata, “Saya ingin memperlihatkan dengan hidup dan kerja saya, apa yang telah Tuhan Yesus lakukan bagi saya, supaya orang lain dapat melihat apa yang Tuhan Yesus boleh lakukan dalam kehidupan mereka.”

Kaka dan pemain-pemain Brazil dengan baju "Jesus Loves You"
selepas memenangi Piala Konfederasi FIFA 2005 di Frankfurt

Permainannya yang cantik di Piala Dunia tidak luput dari perhatian sebuah kelab gergasi di Itali, AC Milan. Tidak lama kemudian mereka meminta Kaka masuk dalam pasukannya sebagai pemain utama. Kaka pun pindah menyertai AC Milan, masuk dalam liga Italia yang keras dan penuh bintang. Namun dalam musim pertamanya di Liga Italia Seri A, ia langsung menyumbangkan gelaran juara scudetto bagi AC Milan.
Dalam waktu singkat Kaka menjadi bintang dan pujaan banyak orang khususnya wanita, kekacakannya yang seperti seorang bintang filem membuat ia selalu dikejar-kejar peminat-peminat wanita, di manapun ia berada akan selalu ada jeritan gadis-gadis muda yang mengaguminya.
Perkahwinan Kaka dan Caroline
Namun cinta dan kesetiannya hanya pada Caroline Celico, kekasihnya yang jauh di Brazil . Walaupun kehidupan pemain sepakbola selalu dikeliling wanita-wanita cantik super model, atau pesta-pesta kemenangan, Kaka selalu menghindari semuanya itu. Ia bahkan tidak mahu membawa Caroline tinggal dengannya di Itali sebelum pernikahan, seperti yang dilakukan para pemain bola di liga-liga besar.
Tahun 2005, Kaka meminang Caroline, dalam sebuah upacara perkawinan yang sangat sederhana, sangat berbeda dengan pernikahan selebriti lain yang super mewah. Dalam sidang akhbar ia menyatakan bahwa ia masih perjaka dan Caroline masih perawan.
“Itu adalah jangka waktu yang penting, sebuah ujian untuk cinta kami berdua. Saya seorang lelaki normal dan pasti tergoda untuk melakukan hubungan sebelum pernikahan, tapi saya dapat melewatinya. Malam pertama kami juga ditandai darah keperawanan, sebagai tanda cinta suci kami.”
Anak mereka yang pertama bernama Luca lahir pada tahun 2008. Ketika Kaka kembali ke Brazil dan tidak mengikuti pertandingan, Kaka sering berkhutbah dan memimpin pujian di gerejanya.
Walaupun sebuah isu pindah agama sempat menerpanya di akhir tahun 2006, namun Kaka membuktikan pada mata dunia, bahwa ia adalah murid Kristus sejati dalam final Liga Juara-Juara UEFA (UEFA Champions League) Mei 2007. Menjadi wira kemenangan melawan Liverpool , Kaka langsung merayakan golnya dengan membuka bajunya dan menunjukan tulisan “I belong to Jesus” kemudian berlutut berdoa bersyukur di tengah padang. Teman-temannya yang lain turut merayakannya, tapi mereka mengerti dan tidak mengganggu Kaka yang sedang berdoa. Peristiwa ini ditonton jutaan penonton yang menyaksikan final Liga Juara-Juara 2007.
Bagi Kaka beserta seluruh pemain dan pendukung AC Milan, kemenangan ini merupakan mukjizat. Tidak ada yang menyangka AC Milan akan menang, di tengah kepungan 3 gergasi Inggeris yang diunggulkan iaitu Manchester United, Chelsea dan Liverpool.
Kaka menjadi Penjaring Terbanyak dalam Liga Juara-Juara, pertarungan liga paling berprestij dan tertinggi di seluruh dunia. Membuatnya dinobatkan sebagai raja oleh para media Itali, dan layak dinobatkan sebagai pemain terbaik di dunia, langsung memenangi gelaran “World Player of the Year 2007” daripada FIFA.
Kaka memenangi FIFA World
Player of the Year 2007
Kaka sering menyaksikan akan keajaiban yang dialami dalam hidupnya. Tuhan Yesus sering mempunyai sesuatu yang lebih untuk kita daripada apa yang kita fikirkan, kata Kaka : “Aku tidak pernah menyangka akan menjadi pemain bolasepak dunia bahkan memenangkan penghargaan dari FIFA.” Ayat Alkitab yang sering Kaka ingat adalah diambil dari Yohanes 14:6, di mana Yesus berkata “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.”
Kaka salah satu bintang bola sepak dalam pasukan Brazil. Demikian juga di Eropah di kelabnya yang sekarang di Real Madrid. Kelab-kelab kaya seperti Real Madrid telah mengajukan penawaran sebesar 56 juta euro (235 juta ringgit) sebagai nilai pemain termahal saat itu.
Kaka dengan teman-temannya seperti Lucio (kapten) mengadakan Bible Study (Pengkajian Alkitab) dan berdoa. Mereka sepakat untuk dapat memuliakan Tuhan Yesus pada waktu pertandingan dijalankan. Termasuk membuat baju dalam khusus yang bertuliskan “I Belong To Jesus” atau “I Love Jesus”. Pada tahun 2006 FIFA melarang para pemain Brazil untuk memakai baju dalam tersebut.
“Kami mematuhi peraturan FIFA tersebut.” kata Kaka. “Kami percaya mempunyai tugas untuk menabur dan biarlah Roh Kudus yang akan menumbuhkannya. Kiranya hidup kami dapat memuliakan nama Tuhan Yesus yang di syurga, dan memimpin ramai orang datang kepada Tuhan Yesus dengan contoh hidup kami.” Amen...!

Falcao: "Dia Menopang Kehidupanku"

Falcao: "Dia Menopang Kehidupanku"



Radamel Falcao, pemain kelab Monaco dan pasukan
kebangsaan Colombia tidak dapat menyertai Piala
Dunia 2014 setelah mengalami kecederaan
di lutut semasa bermain di Liga Perancis



Bintang bola sepak Colombia, Radamel Falcão tiba-tiba saja kehilangan impiannya bermain dalam Piala Dunia. Namun, di tengah situasi yang tampak suram, imannya bersinar terang. Dunia melihat betapa yang menopang hidup Falcão selama ini bukanlah kejayaan dan kegemilangan prestasinya, tetapi Allah yang ia imani dalam Yesus Kristus.








Radamel Falcão, salah seorang penyerang terbaik di dunia, direkrut oleh Monaco pada Mei 2013 dengan nilai perpindahan tinggi dari Atletico Madrid. Kemudian, hidup Falcão menjadi semakin semarak. Tiga bulan setelah kontraknya, Falcão dan isterinya, penyanyi asal Argentina Lorelei Taron, mendapatkan buah hati mereka yang pertama, Dominique Garcia Taron.

Kontrak baru. Anak pertama. Sungguh tahun yang indah bagi Falcão, pemain berusia 28 tahun yang telah menjadi simbol bagi pasukan kebangsaan Colombia.

Namun demikian, pada 22 Januari 2014, sewaktu bertanding bersama Monaco dalam pertandingan Piala Perancis, lutut kiri Falcão cedera setelah terkena hentakan yang keras. Akibatnya, dia perlu menjalani pembedahan pada ligamen anterior tiga hari kemudian. Saat itu impiannya bermain bersama pasukan kebangsaan runtuh seketika. Piala Dunia adalah kesempatan yang datang empat tahun sekali, dan cedera yang dideritanya seakan membawa petaka bagi pasukan kebangsaan Colombia.

Akan tetapi apa yang telah membuatnya teguh di masa-masa gemilang juga telah menguatkannya di tengah masa-masa yang sulit itu. Allah. Ya, Falcão selalu bergantung pada Allah. Dan ia tahu pasti bahwa Allah punya rencana yang lebih baik ketika mengizinkannya mengalami cedera.


Falcao kini mewakili pasukan Monaco dalam Liga Perancis

Siapa sebenarnya pemain bola sepak yang handal ini? Falcão—yang dikenal “El Tigre” atau “Sang Harimau”—adalah seorang yang sangat mencintai keluarganya, seorang Kristian yang saleh, dan pemimpin dalam suatu pelayanan olahraga. Para peminat bola sepak berdecak kagum menyaksikan keterampilan dan kemampuannya menjaringkan gol. Para peminat dan pengusaha menyukai penampilannya yang unik—wajah yang ramah dengan rambut hitam yang panjang dan ketara. Pasukan-pasukan bola sepak menyanjung reputasinya yang tak bercela di luar padang.

Falcão pertama kali dikenali umum ketika ia berusia 13 tahun dan bermain untuk kelab Lanceros Boyaca di Colombia. Sejak saat itu ia terus membuat orang mengagumi permainannya di padang. Kemashyurannya mulai memuncak ketika ia bermain bagi Atletico Madrid pada tahun 2011-2013, saat ia berhasil menjaringkan lebih dari 100 gol. Pada tahun 2012, akhbar The Guardian menempatkan Falcão pada posisi nombor 6 dalam peringkat 100 pemain bola sepak terbaik di dunia. Jurulatih Fábio Capello menganggap Falcão dapat disejajarkan dengan bintang-bintang antarabangsa seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Namun prestasinya itu juga membawa tekanan dan godaan—tekanan untuk selalu tampil hebat dan godaan untuk menerima sanjungan orang yang memuji penampilannya.


Falcao pernah menjaringkan lebih
100 gol ketika mewakili kelab
Sepanyol, Atletico Madrid
antara tahun 2011-2013
“Saya merasa diberkati dapat bermain sebagai penyerang dan menjaringkan gol,” ujar Falcão. “Itulah puncak sukacita yang dapat dirasakan dalam suatu pertandingan dan suatu waktu istimewa bagi para pemain dan peminat. Namun dengan sanjungan dan tanggung jawab untuk menjaringkan gol, aku juga merasakan banyak tekanan. Aku bergantung pada Allah di dalam tekanan tersebut, kerana aku sedar Dia selalu ada bersamaku untuk menolongku. Imanku di dalam Dia telah menolongku menguasai diri dan tetap teguh dalam keyakinanku di sepanjang karir—dan juga sepanjang hidupku.”

Itulah yang membuat Falcão begitu unik—cara pandangnya di tengah kemashyuran dan kekayaan yang diterimanya, serta sikapnya yang selalu bergantung kepada Allah sekalipun nampaknya ia telah mendapatkan segala-galanya yang diingini di dunia.

“Ada yang berkata bahwa semua yang dapat memberikan kepuasan sejati adalah prestasi di padang, pengakuan dunia dan wang yang banyak,” ulas Falcão. “Tetapi banyak orang merasa hampa dan hatinya kosong meskipun mereka terkenal dan kaya-raya. Aku percaya hanya Allah yang dapat memuaskan kedahagaan jiwa kita. Yesus Kristus memberikan nyawa-Nya untuk memuaskan kedahagaan itu. Bersama Dia, kita dapat merasa yakin bahwa Dia tidak akan pernah meninggalkan kita. Aku meyakini betul hal ini kerana aku telah sering mengalami bukti kesetiaan dan kasih-Nya dalam hidupku sendiri.”

Iman Falcão adalah hal yang terpenting baginya ketika ia bermain baik. Iman itu jugalah yang menjaganya untuk bergantung pada Allah di dalam kegagalannya. Iman Falcão menjadi penopang hidupnya di tengah berbagai keadaan yang tidak menentu.

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel laman Warung Sate Kamu bertajuk, "Dia Menopang Kehidupanku" bertarikh 30 Jun 2014) 







FIFA Piala Dunia Brazil 2014: Kesaksian Syukur 5 Penjaring Gol Di Piala Dunia

Ada orang yang mengatakan bahawa bola sepak dan iman tidak boleh bercampur. Tetapi dalam Piala Dunia 2014 ini, kita dapat melihat bahawa iman itu hidup dalam seseorang peribadi dan ianya dinyatakan dalam seluruh lapangan kehidupan termasuk di padang bola sepak. Berikut lima kesaksian dari laporan Christian Today mengenai kesyukuran beberapa penjaring gol di Piala Dunia FIFA 2014;

5. Joel Campbell dan Mazmur 27

Dalam setiap pertandingan Piala Dunia akan muncul seorang bintang baru yang tidak disangka-sangka - seorang wira yang bangkit dari latar belakang kurang dikenali untuk menyemarakkan pentas dunia. Salah satu pemain seperti itu di Piala Dunia 2014 ialah Joel Campbell yang telah menjadi pembawa tuah kejayaan Costa Rica yang tidak disangka-sangka.  Campbell mengatakan bahawa Tuhanlah tonggak utama dalam kehidupannya, bahkan melebihi daripada keluarganya, dan dia mengucapkan Mazmur 27 sebelum setiap perlawanan - termasuk perlawanan menentang Uruguay, di mana dia menjaringkan gol.

                                                           Joel Campbell



4. Daniel Sturridge memuji Yesus

Itulah detik yang memberi harapan sementara kepada sebuah negara. Gol penyamaan Daniel Sturridge untuk England menentang Itali mengembalikan peluang negaranya dalam pertandingan ini - untuk seketika. Sambil dia berlari dengan sukacita, kamera TV merakamkannya memuji Tuhan dengan kata-kata ini, "I love you Jesus, and I praise you Father."


                                                           Daniel Sturridge



3. Lionel Messi bersyukur kepada Tuhan

Seorang Katolik yang saleh, Lionel Messi mempunyai kawan-kawan di kedudukan tinggi - tahun lepas dia telah diberi kesempatan bertemu Paus Francis yang juga warga Argentina. Dengan itu Paus mempunyai dua sebab untuk bersorak kerana Messi telah menyemarakkan Piala Dunia ini dengan kemahirannya yang mengasyikkan dan rembatannya yang menggegarkan - dan belum lagi disebut kebiasaannya yang memuliakan Tuhan selepas menjaringkan gol.

                                                               Lionel Messi


2. Pasukan Colombia memberi kemuliaan kepada Tuhan

Diterajui oleh bintang baru James (disebut 'Hamez') Rodriguez, pasukan muda Colombia yang handal ini tidak ragu-ragu siapakah yang pemilik kemenangan secara keseluruhan. Pasukan itu penuh dengan pemain Kristian, dan pemain terbaik mereka, Radamel Falcao, adalah seorang pastor muda-mudi secara sukarela tetapi tidak dapat menyertai pertandingan ini kerana kecederaan. 

                                                          Pasukan Colombia

1. Neymar pemain yang memberi 10% - menyerlah dalam pertandingan

Beban di bahunya selaku wira pasukan tuan rumah adalah berat sekali, tetapi dengan empat gol dalam tiga perlawanan, Neymar dari Brazil telah menunjukkan ketenangan yang terpuji untuk seorang anak muda (dia baru berusia 22 tahun), sebahagian daripada sebabnya mungkin kerana imannya yang stabil dalam Tuhan; seorang Kristian yang komited, dia memberi persepuluhan daripada gajinya yang besar di Barcelona kepada gerejanya. 

                                                                   Neymar
 







(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Christian Today bertajuk, "Brazil 2014: 10 Amazing God Moments Of The World Cup" penulisan Martin Saunders bertarikh 3 Julai 2014)