Sebelum mengatakan perkataan ini, Yesus berkata tentang apa yang dicari oleh orang-orang yang tidak mengenal Allah. Orang yang tidak mengenal Allah mencari hal duniawi iaitu makanan, minuman, pakaian, rumah, kereta, jodoh, dan lain-lain. Kata "semuanya" yang dimaksudkan oleh Yesus adalah perkara yang dicari orang yang tidak mengenal Allah. Jadi sebagai orang percaya maka kita akan dapat memiliki semua itu. Tetapi ada satu syarat iaitu harus lebih dulu mencari kerajaan Allah dan kebenarannya.
Dalam Matius 6:25-34 , Yesus mengarahkan agar kita tidak kuatir ( atau gelisah ) tentang keperluan hidup kerana Bapa kita mengetahui bahawa kita memerlukan semua itu . Dengan murah hati Dia telah menyediakan segala sesuatu untuk para burung dan bunga bakung , betapa lebih berharganya kita bagi Allah ?Dalam ayat 33 Yesus berkata , " Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya , maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu . " Yesus mengatakan hal ini sebelum menyelesaikan karya penebusan di kayu salib . Allah mempunyai kasih yang begitu besar kepada kita sehingga Dia tidak ingin kita kuatir , gelisah ataupun takut akan segala sesuatu . Yesus telah menebus kita dari semua hal ini .Allah mempunyai kasih yang begitu besar kepada kita sehingga Dia tidak ingin kita kuatir , gelisah ataupun takut akan segala sesuatu .Apa yang mengganggu anda saat ini ? Apakah usaha atau pekerjaan anda ? ataukah pasangan hidup atau anak - anak anda ? Hal itu tidak menjadi masalah lagi kerana bila anda lebih dulu mencari kerajaan Allah dan kebenaran - NYA , Ia akan memastikan bahawa anda tidak akan kekurangan apa-apa ! Tuhan adalah gembalamu , dan engkau tidak akan kekurangan ( Mazmur 23 ) . Orang mencari dirinya kekurangan kerana kekuatiran membawa mereka cuba melakukan sesuatu melalui rasa takut dan usaha peribadi untuk memperbaiki segala sesuatu yang sebenarnya sudah disediakan oleh Tuhan . Bukankah Dia mengatakan bahawa semuanya itu akan Dia tambah?
Kerajaan Allah
Mari Kita ambil sedikit masa dan mendefinisikan Kerajaan Allah : " Sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman , tetapi soal kebenaran , damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus . "
( Roma 14:17 ).
( Roma 14:17 ).
Banyar orang mendapati diri mereka kekurangan kerana rasa kuatir mendorong mereka untuk cuba melakukan sesuatu melalui ketakutan dan usaha dengan kekuatan sendiri untuk membereskan segala sesuatu yang sebenarnya sudah diselesakan oleh Tuhan .
Roma 5 mengatakan pada kita bahawa kita telah diberi kurnia kebenaran kita adalah kebenaran Allah di dalam Kristus Yesus . Yesus telah membenarkan anda dihadapan Allah . Ia telah menanggung semua penghukuman untuk
SEMUA dosa anda di atas kayu salib dan memberikan ketidakberdosaan - Nya pada anda . Anda telah dibebaskan ; Anda merdeka . Sebahagian besar orang Kristian akan bersetuju bahawa
mereka telah diampuni . Bila memang demikian , lalu mengapa mereka masih hidup di dalam rasa bersalah dan penghukuman ? Kerana mereka tidak benar - benar percaya bahawa diri mereka telah diampuni secara total . Mereka mempunyai suatu penyesalan untuk mengakui semua doa mereka kerana mereka tidak cukup yakin bahawa mereka sepenuhnya diampuni .
Saudara - saudara , inilah yang disebut dengan kebenaran - bahawa hal itu adalah pemberian . Anda tidak dapat memperolehnya melalui pengakuan dosa ,atau hal - hal yang lain . Hal itu merupakan karya yang telah diselesaikan Yesus dan tidak ada hubungannya dengan usaha anda . Malahan , usaha anda untuk menjadi orang benar akan membatalkan iman anda sesuai dengan Roma 4:17 . Hal itu juga disebut dengan kebenaran peribadi . Memahami kebenaran anda sangatlah penting berkaitan dengan dua bahagian lain dari kerajaan Allah , sukacita dan damai sejahtera , agar bekerja dalam hidup anda , yang akan akan anda lihat .
No comments:
Post a Comment